Nonny Nadirah kembali berhijab

Nonny Nadirah kembali berhijab

Bertemu mata selepas tiga tahun berjauhan tiada gambaran kegembiraan yang dapat diluahkan penyanyi dan usahawan Mila Jirin ketika ini apabila dapat berjumpa semula dengan kawan baiknya penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Mila dalam Instagram miliknya, selebriti berusia 35 tahun itu berkongsi rasa teruja dan bersyukur sewaktu bertemu Nonny dan meluangkan masa bersama-sama.



“Aku sayang kau Nonny Nadirah. Jangan hilang dari radar persahabatan,” tulis Mila.

Dalam video singkat yang dikongsikan juga, Mila atau nama lengkapnya Norsyarmilla Jirin dilihat gembira sewaktu meluangkan masa bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah sambil menikmati minum petang.

“Masya-Allah hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Cuma belum sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Ini dia (memalingkan kamera kea arah Nonny). Mana menghilang?” soal Mila.

Nonny yang berada di hadapan Mila kemudian dilihat ketawa sambil tersipu-sipu malu.



“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawabnya sambil ketawa.

Apa yang mencuri tumpuan, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 33, juga dilihat sudah kembali mengenakan tudung.

Dalam ruangan komen, ramai rakan artis gembira melihat pertemuan antara Mila dan Nonny, malah berharap agar selebriti asal Sabah itu tidak lagi menghilangkan diri selepas ini.

“Gembira tengok Nonny sihat, gembira. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus,” kata pelakon dan penyanyi Lufya.



“Alhamdulillah,” komen pelakon Ika Nabella.

Sekitar dua tahun lalu, Nonny yang juga bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu menarik perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video berdurasi 38 saat dalam Instagramnya pada 25 Mac 2021.

Bukan video biasa, perkongsian tersebut sebaliknya memaparkan seorang wanita berbaju putih berimej seksi mengenakan stokin jarang, duduk di bahagian belakang sebuah kereta.

“It’s good to be back (bagus untuk kembali)”, tulisnya pada kapsyen video tersebut.



Meskipun wajahnya tidak didedahkan kerana memakai alat pelindung muka, namun ramai yang terkesima selepas Mila tampil mengesahkan identiti wanita ‘misteri’ itu adalah Nonny.

Pendedahan ‘berani mati’ Nonny itu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya apabila dia bukan sahaja tidak lagi berhijab, malah tampil ghairah dengan imej seksi. Ketika itu dia baru putus tunang dengan pelakon Niezam Zaidi. K Online

Nonny Nadirah kembali berhijab

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker