Naufal ‘terpesong’ selepas tinggalkan nasyid?

Naufal ‘terpesong’ selepas tinggalkan nasyid?

Pernah bergelar anggota kumpulan nasyid Zayne, percaturan penyanyi Naufal Azrin memilih bergerak solo mengundang kecaman hebat.

Di sebalik mencetuskan fenomena menerusi lagu duet popular, Casablanca bersama Nuha Bahrin sehingga tular di peringkat global, Naufal turut dipandang sinis.



Lebih teruk, ada yang mengecam jejaka berusia 23 tahun itu sudah ‘terpesong’ jauh pada memilih genre ‘world music’.

“Ada netizen anggap saya ‘murtad’ kerana sebelum ini, menyanyi lagu nasyid, namun, sekarang tampil dengan lagu Casablanca.

“Sampai satu tahap, saya boleh jadi tertekan menerima kecaman teruk. Namun, tak guna saya larut dengan emosi.

“Saya tidak mampu menutup mulut orang. Sebagai penyanyi, saya perlu fleksibel dan terbuka mencuba banyak genre.



“Jika lagu seperti Casablanca boleh serlahkan bakat saya, jadi apa salahnya saya menyanyi pelbagai genre lain,” katanya.

Artis naungan Beegood Music itu berkata, dia mahu mempelbagaikan kebolehan diri sebagai penyanyi.

“Saya pernah bergerak dengan genre nasyid, jadi pengalaman yang diperoleh dikembangkan dengan apa yang usahakan untuk ke arah arus perdana.

“Jujurnya, saya mahu menjadi penyanyi versatil. Saya boleh menyanyi lagu nasyid dan pelbagai genre lain,” katanya.



Naufal atau nama sebenarnya, Ahmad Naufal Azrin berkata, biarpun sudah tidak bersama Zayne, namun, anggota lain masih terus berjuang tanpanya.

Selepas pengunduran Naufal, Zayne yang juga anak didik kumpulan popular, Inteam diteruskan dengan Matin Muzzamil Mohd Ya’acob, Muhammad Furqan Fawwaz Salleh Sani dan Abdul Basit Zulkipli.

“Walaupun bergerak solo, anggota lain berjuang seperti biasa,” katanya yang dijangka muncul dengan single solo pertama, tidak lama lagi.

Di akhir perbualan, Naufal juga terbuka berduet dengan penyanyi lain.



“Selain ikut rencana syarikat rakaman, saya juga tidak menolak rezeki berduet dengan penyanyi Najwa Latiff,” katanya.

Terdahulu, Naufal menyertai Zayne pada 2019. Bagaimanapun, Naufal secara rasmi bersama Beegood untuk meneruskan kerjaya secara solo dengan menyertai syarikat rakaman, Beegood Music pada 30 Mac lalu. BH

Naufal ‘terpesong’ selepas tinggalkan nasyid?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker