Kes pukul dah jadi kes bunuh
Kes pukul dah jadi kes bunuh
Bau: Lelaki berhadapan pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 selepas mangsa dipukul meninggal dunia, semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, pada 5.57 petang Ahad lalu, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 50 tahun memaklumkan pakciknya dipukul lelaki berusia 33 tahun.
Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku di hadapan kedai makan di Siniawan Villa.
“Pakcik kepada wanita itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, pada tarikh yang sama sekitar 10.12 malam. Bahagian Siasatan Jenayah Bau membuat tangkapan terhadap suspek.
“Turut dirampas satu kerusi plastik yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek ditahan reman empat hari mulai sehingga 9 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Pada 4.34 petang semalam, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Kes telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. HM
Kes pukul dah jadi kes bunuh
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.