Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’

Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’

Pelakon dan usahawan, Neelofa memohon maaf kepada pelakon, Elisya Sandha selepas memanggil anak kepada pelakon itu dengan panggilan ‘boy’ atau lelaki sedangkan dia adalah bayi perempuan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengakui tidak fokus ketika menulis komen ketika itu.

“Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan.

“Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersilap menyebut boy.

“Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesalahan. Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip,” katanya.

Menurut Neelofa, niatnya adalah untuk menulis komen yang baik buat bayi bernama Bunga Elhaq itu.

“Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Neelofa meninggalkan komen di Instagram Elisya sebelum ditegur beberapa netizen mengenai kesilapannya.

“Cheeky boy, MasyaAllah,” tulisnya. HM

Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker