Kamarulzaman Datuk Bandar KL baharu

Kamarulzaman Datuk Bandar KL baharu

Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu, berkuat kuasa 17 Apr.

Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali, berkata pelantikan itu bagi menggantikan Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).



“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” menurutnya dalam kenyataan.

Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi. FMT

Kamarulzaman Datuk Bandar KL baharu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker