Bangladesh buang Israel dalam Pasport

Tetap sokong Palestin, larangan ke negara haram Israel kekal

Pasport Bangladesh tidak akan lagi tertera dengan tulisan “sah di semua negara kecuali Israel”.

Menteri Luar Negeri Bangladesh AK Abdul Momen berkata, pembatalan Israel dalam pasport itu telah dilakukan enam bulan lalu bagi memudahkan pentadbiran

“Langkah ini tidak akan mempengaruhi pendirian kami kerana kami penyokong kuat Palestin,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Bangladesh menggesa orang ramai untuk tidak khuathir akan kenyataan pegawai Israel di laman Twitter.



Kementerian itu berkata, pembatalan itu dilakukan bagi menjaga standard antarabangsa e-pasport Bangladesh.

Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

“Larangan perjalanan pemegang pasport Bangladesh ke Israel tetap tidak berubah. Pemerintah Bangladesh tidak menyimpang dari pendiriannya terhadap Israel dan keputusan itu tetap,” katanya.



Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Israel untuk Asia dan Pasifik, Gilad Cohen berkata: “Berita hebat! #Bangladesh telah membuang larangan perjalanan ke Israel.

“Ini adalah langkah selamat dan saya menyeru pemerintah Bangladesh untuk maju dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan #Israel agar kedua-dua masyarakat memperoleh keuntungan dan kesejahteraan.

Sejak 1971, Bangladesh yang dikomposisi oleh majoriti umat Islam menegaskan pendiriannya untuk menyokong Palestin serta menentang penindasan negara haram Israel di wilayah yang diduduki. -Agensi

 



Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Bangladesh buang Israel dalam Pasport


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Sistem Visa Asing, Hishammuddin Tolak, Zahid Terima – Saksi

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker