Larry Sng terajui Lembaga Perindustrian Kayu

Larry Sng terajui Lembaga Perindustrian Kayu

Presiden Parti Bang Malaysia (PBM) Larry Sng dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Anggota parlimen Julai itu memberitahu Malaysiakini dia berharap dapat membawa MTIB ke arah menjadikan industri perkayuan lebih produktif, sekali gus lestari.

“Diharapkan dengan sokongan kerajaan dan pemain industri, kita akan menjadikan industri ini lebih berjaya,” katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan.

Dia juga melihat pelantikan itu sebagai pengiktirafan terhadap sumabangan dan pengalamannya dalam sektor komoditi melalui Lembaga Lada dan Majlis Minyak Sawit Malaysia sebelum ini.

Dia juga berkata pengalamannya sebagai anggota dewan undangan negeri Pelagus, kawasan pembalakan di pedalaman Sarawak, membekalkannya dengan pemahaman berkaitan industri itu.

MTIB bertanggungjawab mengawal selia perdagangan, pemasaran dan pengedaran balak. Ia ditubuhkan bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973.

Lantikan anggota lembaga pengarah MTIB dibuat oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof yang juga timbalan perdana menteri dan pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementar aitu, dua pemimpin Amanah pula dilantik menyertai Perbadanan Harta Intelek Malaysia MyIPO.

Ketua kumpulan pemikir Amanah Johor Mohd Zuhan Mohd Zain dilantik sebagai pengerusi MyIPO pada 28 Februari.

Pengarah pilihan raya Pemuda Amanah Asmaaliff Abdul Adam dilantik sebagai anggota lembaga pengarah MyIPO pada 12 April.

Agensi ini terletak bawang bidang kuasa menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub yang juga timbalan presiden Amanah. Mk

Larry Sng terajui Lembaga Perindustrian Kayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker