Bas langgar lori tangki, 16 terbunuh

Bas langgar lori tangki, 16 terbunuh

Bas langgar lori tangki, 16 terbunuh
Tangkap layar video menunjukkan bas ALS dan lori tangki yang terbakar di Lebuh Raya Trans-Sumatera kelmarin. – ANTARA

JAKARTA –  Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas sebuah bas penumpang melanggar lori tangki di lebuh raya utama di Musi Rawas Utara, wilayah Sumatera Selatan, lapor portal berita Jakarta Globe.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.39 tengah hari (waktu tempatan) di Lebuh Raya Trans-Sumatera, daerah Karang Jaya kelmarin.

Kemalangan itu melibatkan sebuah bas milik syarikat pengangkutan Antar Lintas Sumatera (ALS) dan lori tangki yang bergerak dari arah bertentangan.

Pegawai Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Musi Rawas Utara, Mugono berkata, pasukan kecemasan dikerahkan untuk memindahkan mangsa yang kebanyakannya terperangkap di dalam  kenderaan.

“Mangsa termasuk 14 penumpang bas, seorang pemandu dan kelindan lori tangki. Empat orang lagi terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata Mugono. Kereta & Kenderaan

Bas tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Lubuklinggau ke Medan atau Pekanbaru sebelum nahas.

Siasatan awal mendedahkan berlaku kebakaran pada bahagian bas sebelum ia berlanggar dengan lori tangki yang dipandu laju.

Ketika itu, pemandu bas dilaporkan cuba membawa kenderaan tersebut ke bahu jalan.

Siasatan sedang giat dijalankan termasuk pengecaman mangsa. – AGENSI

Bas langgar lori tangki, 16 terbunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker