Niat nak makan KFC pada hari gaji terbantut selepas dapat 8 kepak

Niat nak makan KFC pada hari gaji terbantut selepas dapat 8 kepak

NIAT sebuah keluarga ingin makan sedap sempena hari gaji terbantut selepas set kombo KFC sembilan ketul (Mixed) diberikan lapan ketul kepak dan satu bahagian atas paha.

Kekecewaan itu diluahkan Syazwan Rozain,30, menerusi laman TikTok apabila ayam yang dipesan langsung tidak berbaloi dengan harga yang dibayarnya iaitu RM59.99.



Katanya, pesanan dilakukan melalui perkhidmatan penghantaran makanan dari sebuah cawangan KFC di Puchong, Selangor.

“Semalam adalah hari gaji, jadi biasalah sebulan sekali nak makan sedap dengan keluarga. Apatah lagi anak pun sudah lama teringin nak makan KFC.

“Saya buat pesanan sembilan ketul ayam dan minta campur bagi perasa pedas dan biasa, tetapi apabila pesanan sampai, sangat mengecewakan sebab dapat banyak kepak ayam,” katanya.

Bagi pengetahuan umum, ayam KFC sembilan ketul bersamaan dengan seekor ayam yang mengandungi dua bahagian kepak, dua atas paha, dua paha, dua rusuk dan satu dada.



Secara logik Syazwan sepatutnya menerima kesemua bahagian yang merangkumi seekor ayam dan bukannya lapan bahagian kepak sahaja.

Ujarnya, apa lebih mengecewakan apabila pesanan tersebut adalah set kombo campuran sembilan ketul, sepatutnya dia menerima sama ada lima pedas, empat original ataupun sebaliknya.

Namun, dia hanya menerima tiga ketul kepak ayam original.

“Kalau saya nak makan kepak ayam, baik beli dekat pasar malam,” ujarnya.



Tegasnya, dia tidak sangka perkara sebegini akan terjadi kepada dirinya dan telah membuat aduan di laman sesawang KFC tetapi tidak berbalas.

“Kejadian ketika itu sudah malam, jadi kalau nak buat aduan dekat kedai KFC pun sudah tidak boleh dan tidak tahu cawangan yang mana satu.

“Saya sudah hubungi pihak KFC namun tiada respon. Jadi saya mengambil tindakan memuat naik di laman TikTok dan Twitter. Tidak sangka boleh viral sebegitu,” tambahnya.

Jelas bapa kepada tiga orang anak ini, seperkara lagi yang membuatkannya hampa apabila pihak KFC tidak memaklumkan lebih awal bahawa akan menukar coleslaw kepada kentang goreng.



“Sekurang-kurangnya mereka perlu hubungi dan maklumkan tentang pertukaran tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Syazwan berharap pihak KFC meletakkan diri mereka ditempat pelanggan dan mengambil serius setiap aduan yang diterima.

“Kami pun nak merasa makan KFC meskipun sekali sebulan.”

“Jadi apabila pelanggan dah buat pesanan, jangan aniaya dengan beri kesemua bahagian kepak kepada pelanggan. Sangat tidak sepadan dengan apa yang dibayar,” luahnya. Utv



Niat nak makan KFC pada hari gaji terbantut selepas dapat 8 kepak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker