Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk hingga petang

Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk hingga petang

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lima negeri sehingga 4.00 petang ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sementara Kuala Lumpur turut mengalami amaran sama.

“Negeri Sembilan pula membabitkan empat kawasan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk hingga petang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker