Polis KL siasat kes rogol babit penceramah agama

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun akan direman sehingga minggu depan bagi membolehkan polis Kuala Lumpur menyiasat kes membabitkan suspek tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menerima suspek daripada polis Selangor pada Sabtu.

“Suspek mungkin direman sehingga minggu depan untuk membantu siasatan sebelum dituduh di mahkamah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.



Pada Jumaat, media melaporkan penceramah bebas yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun akan diserah ke polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut.

Ia dilakukan selepas tempoh reman lima hari terhadap suspek berusia 30-an itu tamat.

Media sebelum ini melaporkan seorang penceramah bebas popular ditahan pada Isnin lalu selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.



Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker