Gelombang penolakan PH-BN makin reda

Gelombang penolakan PH-BN makin reda

Pengerusi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengakui kekalahannya di kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) November tahun lalu adalah disebabkan gelombang penolakan kepada UMNO dan BN di seluruh negara terlalu kuat.

Malah bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, kekalahan beliau bukannya disebabkan oleh rakyat tidak berpuas hati dengan kualiti khidmatnya sebagai wakil rakyat.



“Waktu November bukan angin biasa-biasa, dia ribut taufan gelombang, waktu taufan dia tak bergantung pada khidmat, persepsi pada waktu itu kebanyakan penduduk fikir tolak BN, bukan tolak Mahdzir, tapi tolak BN tolak UMNO, yang naik ialah PN.

“Gelombang pada November 2022 kuat sungguh kereta, rumah semua terbalik, Padang Terap (saya) terbalik sebab angin kuat, tapi adakan ribut itu ada sampai hari ini saya secara peribadi ribut itu sudah tak ada tapi saya akui pertarungan ini sengit,” katanya dalam sidang media selepas walkabout bersama pengundi di Kampung Kubang Kenyeng, hari ini.

Mahdzir bagaimanapun berkata, gelombang penolakan kepada kerjasama PH-BN ketika ini semakin reda.

Malah katanya, rakyat sudah kembali percaya kepada gabungan itu, bagaimanapun persaingan menentang Perikatan Nasional (PN) sangat sengit di Kedah.



“Peringkat awal susah sikit rakyat nak terima sebab BN dan PH ini tidak pernah bergabung, BN dan PH ini suka berkelahi (dahulu), lawan setiap PRU,” katanya.

Ditanya dakwaan bahawa DAP akan menguasai UMNO, Mahdzir menjawab perkara itu amat mustahil kerana DAP hanya bertanding dua kerusi sedangkan UMNO bertanding di 15 buah kerusi.

“Dalam kes di Kedah, DAP tanding dua kerusi BN tanding 15 kerusi, PKR 10, Amanah 9 kerusi, jadi soal kata DAP nak kuasai UMNO itu tidak timbul sebab DAP hanya tanding dua kerusi sahaja.

“BN tanding 15 kerusi kalau ada rezeki kita boleh dapat, dan yang lain boleh menang itu sudah jadi jumlah yang besar, tidak timbul. Hanya hasutan yang diperkatakan hanya nak mempengaruhi orang Melayu supaya tidak mengundi PH-BN.



“Kita kena ada pada fikiran yang baik dan waras dan kita dapat fikir sebab kita nak bentuk kerajaan perpaduan untuk kebaikan rakyat Kedah,” katanya. MG

Gelombang penolakan PH-BN makin reda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker