Rakyat Malaysia bersatu menentang kekejaman Israel – Mahathir

KUALA LUMPUR: Pendirian membantah kekejaman Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap rakyat Palestin kembali menyatukan rakyat Malaysia yang kini dilihat berpecah-belah disebabkan politik, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau ada sesuatu yang mampu menyatukan rakyat Malaysia, ia adalah perasaan benci kita kepada Israel dan AS kerana kezaliman mereka,” katanya ketika berucap dalam himpunan solidariti Palestin di luar Kedutaan AS.

“Saya percaya perpaduan kita di Malaysia menentang Israel, AS akan berterusan. Walaupun berpecah kerana parti dan NGO sebagainya, dalam isu ini kita bersatu.”



Selain itu, Mahathir turut menggesa tindakan boikot terhadap semua produk berkaitan Israel diteruskan sebagai isyarat mengecam kekejaman Zionis.

Bekas perdana menteri itu menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang agama dan kaum, akan terus membantah kekejaman rejim Zionis Israel.

“Kezaliman Israel tak pernah dilihat dilakukan bangsa lain. Nazi dulu pun tak semacam Israel,” katanya.

Himpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), yang terdiri daripada 35 pertubuhan sivil, 15 kumpulan pelajar dan 13 parti politik, turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.



Beberapa khemah turut dipasang untuk peserta himpunan yang bermula enam hari lepas dan berakhir malam ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023



Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker