Buang masa kaji 4 hari bekerja seminggu, bidas Cuepacs

Buang masa kaji 4 hari bekerja seminggu, bidas Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kajian kebolehlaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu merugikan dan tidak kena pada masanya sedangkan perkara berkaitan kebajikan penjawat awam belum dilaksanakan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan perkara yang memanfaatkan pekerja, khasnya kebajikan penjawat awam, berbanding mengkaji perkara yang belum tiba masanya untuk dilaksanakan.

“Kajian ini tidak relevan dan buang masa sedangkan sistem penyampaian yang ada sekarang belum boleh bagi perkhidmatan sepenuhnya.

“Lebih baik beri fokus pada kebajikan penjawat awam seperti keperitan hidup dengan harga barang semakin meningkat dan kelulusan oleh kerajaan seperti gantian cuti rehat (GCR) boleh ditebus 80 hari, yang sehingga kini belum dilaksanakan, sekadar isi borang, namun tidak ada bayaran dibuat.

“Jadi, perkara-perkara ini sepatutnya diberi keutamaan daripada membuat kajian yang akhirnya tidak memberi manfaat kepada perkhidmatan awam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Khamis lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilapor menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu, yang antara lain melihat sektor mana dan jumlah waktu bekerja dalam sehari.

Isu itu mula menjadi perhatian masyarakat apabila 70 syarikat melibatkan 3,000 pekerja di United Kingdom melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu mulai bulan ini, namun masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

Adnan berharap penjawat awam tidak dimomokkan dengan kajian itu, sebaliknya terus diberi penekanan untuk fokus memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Laksanakan apa yang telah diluluskan kerana ia juga sebahagian bentuk kebajikan supaya penjawat awam terus memberi perkhidmatan terbaik.”

Sebelum ini, kaji selidik yang dijalankan syarikat Qualtrics mendapati 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Tetapi, kaji selidik Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada April lalu menunjukkan sebahagian besar majikan tidak bersedia melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu, dengan 60% daripada 170 syarikat tidak mempunyai kerja syif dan 78.6% daripada 112 syarikat yang mempunyai kerja syif, tidak bercadang mengamalkan minggu bekerja lebih singkat.

Sebanyak 55% daripada 111 syarikat yang tidak mempunyai kerja syif dan 38.3% daripada 162 syarikat dengan kerja syif, juga mengakui tidak dapat melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu kerana waktu bekerja seminggu akan dipendekkan daripada 48 jam kepada 45 jam, selaras pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 Sept ini. FMT

Buang masa kaji 4 hari bekerja seminggu, bidas Cuepacs


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker