Berdebar nampak kemalangan, tak sangka jasad anak – Ibu



Berdebar nampak kemalangan, tak sangka jasad anak – Ibu

ALOR GAJAH – “Waktu melalui kawasan kemalangan itu pagi tadi, tiba-tiba jantung rasa berdebar walaupun sebelum ini tidak pernah berasa demikian.

“Tak lama lepas itu, baharulah saya dapat panggilan daripada jiran mengatakan nahas maut itu melibatkan anak lelaki saya,” kata Rusita Mohamad Aris, 54.

Ibu tunggal itu menceritakan kejadian yang menimpa anak keduanya, Muhammad Khiesyam Mohamad Jamel,14, yang maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam nahas dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Air Tanai, Air Pa’abas, di sini pagi tadi

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di anggota badan.




Bercerita lanjut, Rusita berkata, dia sempat berbual dengan anaknya itu yang mesra disapa Acik ketika dia hendak keluar ke sekolah lebih awal dari kebiasaan pada jam 6.15 pagi tadi berbanding 6.45 pagi sebelum ini.

“Pagi tadi sempat dia salam tangan dan beritahu sengaja mahu keluar jam 6.15 pagi dengan menunggang motosikal baharu yang saya baru beli untuknya bulan lalu.

“Alasannya kerana kasihankan saya ulang alik menghantarnya kerana saya juga mengambil upah menghantar pelajar sekolah.

“Tak sangka pula, itulah kali terakhir saya melihatnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah di sini hari ini.

Tambahnya, jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Solok Jenuang, Ayer Molek, berhampiran kubur arwah suaminya yang meninggal dunia akibat kencing manis kronik enam tahun lalu.




Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Modenas Kriss ditunggangi mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda CRV yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Air Pa’abas bertembung dengan Honda CRV berkenaan dan terdapat kesan geseran dan kesan tayar di laluan mangsa.

“Penunggang motosikal kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya. MG

Berdebar nampak kemalangan, tak sangka jasad anak – Ibu





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.