Apa kata Umno belajar daripada PAS

Apa kata Umno belajar daripada PAS

oleh Mohsin Abdullah

Bolehlah dianggap artikel ini susulan yang disiar semalam mengenai ada orang Umno percaya parti mereka tidak akan dapat sokongan semula orang Melayu jika ia terus berbaik dengan DAP, lantas ada yang mahu Umno berbaik dengan PAS.

Namun PAS juga seperti diketahui umum pernah berbaik dengan DAP, dan langkah itu tidak merugikan bahkan menguntungkan PAS. Renung dan hayati apa kata PAS waktu itu dan justifikasi mereka menjalin hubungan akrab dengan DAP. Mungkin Umno boleh mencontohi atau mengambil pengajaran. Iktibar, kata orang.

Sebelum itu imbau apa yang pernah berlaku. PAS punya sejarah panjang berbaik-baik dengan DAP. Pada 1990 umpamanya PAS bersama beberapa parti Islamis menganggotai apa yang dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah yang diasas Tengku Razaleigh Hamzah, presiden Semangat 46.

Beliau juga mengasaskan penubuhan satu lagi pakatan dinamakan Gagasan Rakyat dianggotai antaranya DAP. Impian Tengku Razaleigh dua gabungan itu dapat menumbangkan kerajaan Umno-BN pada PRU 1990. Impian tidak tercapai tetapi yang ingin disampaikan ialah PAS waktu itu sudah menjalin kerjasama dengan DAP walaupun tidak secara langsung, yakni kerjasama inter coalition.

Lapan tahun kemudian satu lagi gabungan ditubuhkan dikenali sebagai Barisan Alternatif bagi menghadapi pilihan raya umum 1999. PAS duduk dalam gabungan itu. Begitu juga DAP. Kerjasama dijalin secara direct, mesra, dan akrab.

Ini disusuli penubuhan Pakatan Rakyat pada 2008. Ia juga satu perikatan parti politik pembangkang waktu itu. PAS dan DAP mengganggotainya. PAS tidak punya masalah berbaik dengan DAP. Mengapa?

Elok rasanya orang Umno menghayati kata-kata Hadi Awang, presiden PAS. Menurut beliau, PAS bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk dengan DAP “pada titik persamaan yang wujud dari aspek kemanusiaan dan pendekatan tanpa memaksa mana-mana pihak meninggalkan ideologi masing-masing.”

Kata beliau lagi, apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri disalahguna pemerintah, PAS melakukan penentangan bersama DAP. Menurut Hadi apabila apa yang beliau sifatkan pencabulan demokrasi berlaku yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PAS di Kelantan pada 1977 dan PAS dipecat daripada Barisan Nasional, “DAP menentang bersama PAS di Parlimen”.

Kata-kata itu boleh dilihat sebagai justifikasi PAS berhubungan baik dengan DAP dan ia saya kira menyakinkan penyokong mereka. Tiada siapa yang komplen. Kepimpinan PAS pantas dan bijak membuat justifikasi. Tidakkah boleh Umno punya justifikasi sendiri dalam berbaik-baik dengan DAP sekarang, yakni untuk menyakinkan penyokong sendiri? Jelas tidak atau atau belum menyakinkan. Jika ada masakan timbul suara dalam kalangan ahli mahu kerjasama dihentikan atas alasan sukar kembalikan sokongan Melayu.

Apa pun yang dikata Hadi itu diluah menerusi ruangan Minda Presiden pada media rasmi PAS. Bagaimanapun yang tidak disebut ialah apa yang diingati Pengerusi Majlis Ulama Umno, Dusuki Ahmad, seperti dilapor Kosmo 20 Jun tahun lalu.

Kata Dusuki hasil kerjasama dengan DAP pada beberapa pilihan raya dahulu PAS memperoleh kemenangan tertinggi lalu mengibaratkan “kerjasama dengan DAP anugerah Allah”.

Pada 1999 kerjasama itu menghasilkan prestasi amat baik untuk PAS. Selain mengekalkan pentadbiran Kelantan ia mengambil alih kerajaan Terengganu. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah daripada tujuh kerusi pada 1995 kepada 27. Itu ringkasnya.

Pada pilihan raya 2008 pula kerjasama bersama DAP (dan PKR) menyaksikan PAS duduk selesa dalam Parlimen di mana BN hilang majoriti 2/3. PAS menubuhkan kerajaan negeri di Kedah dan juga berada dalam kerajaan Selangor dan Perak.

Teringat cerita kawan saya yang ibunya ahli MCA yang menjadi wakil calon BN di satu kawasan tahun itu. Kata beliau ibunya terkejut sampai hampir terjatuh daripada kerusi apabila peti undi dari pusat pengundian di kawasan majoriti Cina mendedahkan ribuan kertas undi untuk calon PAS. Ertinya orang Cina ketika itu undi PAS semata-mata kerana PAS berbaik dengan DAP.

Kesimpulannya PAS berjaya mengekalkan undi Melayu dan turut dapat undi Cina apabila berbaik dengan DAP. Kalau PAS boleh memanfaatkan berbaik dan bermesra dengan DAP mengapa tidak Umno? FMT

Apa kata Umno belajar daripada PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker