Lebih 4 juta belia 18 tahun automatik didaftar sebagai pengundi – Ismail

Lebih 4 juta belia 18 tahun automatik didaftar sebagai pengundi – Ismail

Lebih 4 juta anak muda berusia 18 tahun telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi sehingga 16 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran secara automatik itu dijalankan agar golongan tersebut dapat mengundi menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2019.



“Pada 16 Januari lepas, pendaftaran automatik pengundi 18 tahun telah dimuktamadkan. Lebih 4 juta anak muda sudah didaftarkan secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Makan Malam, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kali Ke-60 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbuddin Hashim dan Penasihat MAYC, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Menurut Ismail Sabri, beliau berharap pertubuhan-pertubuhan belia seperti MAYC akan memainkan peranan untuk memberikan kesedaran kepada golongan muda tentang pentingnya proses demokrasi.



Ujarnya, beliau turut menasihatkan agar golongan muda tidak menjadikan pertubuhan belia sebagai pentas untuk berpolitik atau kepentingan peribadi.

“Platform pertubuhan belia perlu digunakan untuk memberikan input-input yang bermanfaat kepada kerajaan supaya dapat bersama-sama membangunkan kembali negara.

“Pertubuhan belia perlu terus berperanan sebagai pemangkin bersama-sama pemegang taruh institusi kerajaan untuk membangunkan anak muda negara,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan mahu lebih banyak anak muda yang proaktif memberikan pandangan-pandangan yang membina.



Ujarnya, kerajaan sentiasa mendengar pandangan semua pihak terutamanya anak muda dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaiannya. K Online

Lebih 4 juta belia 18 tahun automatik didaftar sebagai pengundi – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman



Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker