Pak Belang Muncul Di Pos Ber Buat Penduduk Dalam Ketakutan [VIDEO] — MYKMU.NET

Pak Belang Muncul Di Pos Ber Buat Penduduk Dalam Ketakutan [VIDEO]



Pak Belang Muncul Di Pos Ber Buat Penduduk Dalam Ketakutan [VIDEO]

GUA MUSANG: Ketakutan penduduk di beberapa kampung di Pos Bihai minggu lalu kini mula di rasai di Pos Ber apabila harimau belang juga dipercayai muncul di kawasan itu sejak Khamis.

Perkara tersebut dikongsi seorang penduduk di kawasan berkenaan iaitu Nasir Nash melalui satu rakaman video di laman sosial facebook miliknya.

Melalui video yang dikongsinya, harimau berkenaan dilihat berjalan melalui jalan utama yang dipercayai menjadi kegunaan masyarakat kampung itu.

VIDEO DIBAWAH:-

Nasir turut berkongsi, mereka semua berada dalam ketakutan dan berharap orang ramai dapat mendoakan keselamatan penduduk kampung berkenaan.

“Lebih membimbangkan adalah waktu persekolahan ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari sekitar jam 6.30 pagi mengikuti jalan utama ini.




“Antara penduduk yang terlibat ialah Kampung Plug, Pos Tuel, Kampung Kerbok dan Pos Ber,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai penemuan tersebut.

Menurutnya, lokasi harimau berkenaan muncul adalah jauh daripada kawasan penemuan sebelum ini iaitu di Pos Bihai.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan berterusan tetap diadakan dan radius kawalan juga diperluaskan bagi memastikan keadaan keselamatan orang kampung terjamin.-SH

Pak Belang Muncul Di Pos Ber Buat Penduduk Dalam Ketakutan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:




MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: