Hanya 6 bahagian Umno mahu pemilihan parti sebelum PRU15 – Zahid

Hanya 6 bahagian Umno mahu pemilihan parti sebelum PRU15 – Zahid

Hanya enam daripada 190 bahagian Umno memilih untuk mengadakan pemilihan parti sebelum pilihan raya negeri ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan laporan dihantar Umno bahagian kepada ibu pejabat parti, di Kuala Lumpur.



“Kita kena rasional dan melihat kepada permintaan majoriti di akar umbi.

“Suara majoriti perlu dituruti atau kita menjadi parti yang lemah,” katanya dalam temubual bersama NRChannel TV, yang disiarkan di YouTube, secara langsung, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan berhubung sama ada pemilihan parti akan diadakan sebelum PRU15.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata pendaftar pertubuhan (ROS) memberi Umno sehingga 29 Dis, tahun ini, untuk mengadakan pemilihan parti.



Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021, pada 16 Mac.

Zahid berkata, Umno selaku parti akar umbi dan usul berkenaan akan dibincangkan dalam PAU pada Mac, dan akan dimuktamadkan oleh ahli majlis tertinggi dan jawatankuasa khas.

Zahid juga menafikan 96 bahagian Umno mahu mengadakan pemilihan parti sebelum PRU15, sambil menyatakan “angka itu dipetik sesuka hati”.

Timbul spekulasi dalam kem Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang mendesak pemilihan parti dilakukan sebelum PRU15, sebagai mekanisme menggantikan Zahid dengan Ismail.



Zahid ketika mengulas lanjut, berkata Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan hari ini tidak mempunyai mandat daripada rakyat, dan ia sekaligus menyebabkan ketidakstabilan politik, selain secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi dan pelaburan asing.

Katanya, kerajaan hari ini kekal sebagai “PN 2.0 kerana komposisinya masih sama”.

“Kerajaan hari ini dipimpin seorang ahli Umno, bukan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Katanya, pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak, tidak mencetuskan penularan kluster Covid-19 dan kadar vaksinasi kebangsaan sudah mencapai 87%.



Ditanya sama ada Umno akan bekerjasama dengan mana-mana parti selepas PRU15, Zahid berkata, ada kemungkinan perkara itu dibuat dan parti lain itu mestilah “ikhlas” dan bersedia bekerjasama demi manfaat bersama.

Mengulas berhubung calon menjelang PRU15, Zahid berkata, calon dipilih berdasarkan tiga asas utama iaitu “winnable (boleh menang), acceptable (diterima) dan likeable (disukai)” untuk menarik sokongan 5.8 juta pengundi berusia 18 hingga 21 tahun.

Sebagai contoh, di Melaka, katanya BN meletakkan 87% calon baharu, 84% mempunyai pencapaian akademik dan 82% dibawah umur 50 tahun.

“Ia (pemilihan calon) tidak akan dibuat berdasarkan kabel,” katanya.



Beliau juga ditanya berhubung kemungkinan Umno bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Zahid berkata, Umno Sabah mempunyai autonomi untuk memutuskan perkara berkenaan, namun memahami kesetiaan mereka adalah bersama BN.

Beliau kemudian ditekan dalam persoalan sama, sama ada Umno akan menolak bekerjasama dengan GRS.

Zahid menjawab,”sekiranya anda memahami apa yang saya maksudkan, itulah maksudnya.” FMT

Hanya 6 bahagian Umno mahu pemilihan parti sebelum PRU15 – Zahid




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker