Hamidin cakap lain, Cheng Hoe kata lain – Dell Akbar

Hamidin cakap lain, Cheng Hoe kata lain – Dell Akbar

Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan menegaskan laporan penuh yang disediakan barisan pengurusan skuad Harimau Malaya adalah mengecewakan.

Jelasnya, pasukannya tiada pilihan lain selain bergantung dengan maklumat yang diperolehi untuk melakukan ‘bedah siasat’ di atas kegagalan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, November lalu.

“Kita banyak bergantung daripada laporan pengurusan iaitu jurulatih, pengurus, penolong pengurus dan pasukan perubatan. Laporan itu dikumpulkan oleh pengurusan pada ketika itu dan diserahkan kepada kita.

“Jadi berdasarkan apa yang kita dapat, ia dijadikan sebagai asas untuk kajian kita tetapi pada pandangan saya, laporan yang dinyatakan amat mengecewakan dan ia bukanlah laporan seperti yang saya jangkakan.

“Laporan itu tidak menyeluruh kerana tidak ada fakta yang banyak pasal perlawanan, tiada isu teknikal yang ditekankan ke arah kegagalan itu timbul,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini.

Lebih menyukarkan keadaan apabila berlaku percanggahan pendapat antara beberapa pihak selain keengganan bekas pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe untuk ‘disiasat’.

“Cheng Hoe tidak mahu tampil untuk ditemuduga. Begitu juga dengan penolong jurulatih (S Balachandran) yang tidak masuk untuk hadir (mesyuarat). Terdapat kepincangan pada panel untuk mendapatkan penjelasan yang diperlukan.

“Saya perlu mendapatkan penjelasan dan pengesahan bagi mendapatkan kedudukan yang sebenar. Tetapi saya dapat berhubung menerusi telefon dengan Cheng Hoe untuk berbincang dan mendapatkan maklumat dalam masa lebih kurang 30 minit.

“Kalau dia (Cheng Hoe) hadir, mungkin kita boleh mendapatkan lebih banyak maklumat. Kita tidak mahu membuat rumusan daripada sebelah pihak kerana nanti akan jadi berat sebelah dan saya perlu bertindak adil.

“Saya hanya dapat menemu bual Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin, pengurus pasukan (Datuk Yussof Mahadi) dan pemain menerusi kapten pasukan (Aidil Zafuan Abd. Radzak),” jelasnya.

Selain itu, berlaku juga percanggahan dalam permintaan pemain untuk dibawa Cheng Hoe ke Singapura dengan Hamidin yang dikatakan bersedia untuk mendapatkan pemain yang diingini jurulatih berkenaan.

“Ketiadaan pemain utama ini yang dituntut oleh Cheng Hoe pada kejohanan kali ini beliau tidak dapat memanggil pemain utama tapi daripada pihak FAM, (Hamidin) ada percanggahan. Siapa bercakap benar bukan terma kerana saya bukan uruskan kes makamah,” ujarnya. Utusan

Hamidin cakap lain, Cheng Hoe kata lain – Dell Akbar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker