Shahril bidas Muhyiddin, sibuk dengan isu jawatan kabinet

Shahril bidas Muhyiddin, sibuk dengan isu jawatan kabinet

Muhyiddin Yassin sepatutnya berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang mengenai cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, Pengerusi MPN itu memilih untuk menghebahkan kepada umum mengenai cadangan itu dalam satu majlis rasmi parti itu di Kelantan baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja tidak wajar, malah boleh menimbulkan tanda tanya dan spekulasi di kalangan rakyat termasuk pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan.

“Semua isu berkaitan MPN mahupun lantikan jawatan baharu seperti Timbalan Perdana Menteri seharusnya dibincangkan secara tertutup dengan Perdana Menteri.

“Beliau perlu melaporkan dapatan atau cadangan itu kepada Ismail Sabri selaku Ketua Kerajaan dalam Kabinet, bukan dalam majlis rasmi parti yang dihadiri orang ramai,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau bertemu Ismail Sabri beberapa hari lepas untuk membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menurutnya berkait dengan perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri.

Katanya, beliau membangkitkan beberapa isu penting termasuk pelantikan kerajaan, bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada, malah mahu pelantikan baharu itu dipertimbangkan berdasarkan persetujuan PN sebelum ini.

Menurut Shahril Hamdan, membuat kenyataan terbuka mengenai cadangan itu seperti memberi tekanan kepada Perdana Menteri yang berkuasa menentukan lantikan Kabinet.

“Tak perlu didesak sesiapa terutamanya pemimpin dari parti lain kerana isu lantikan Kabinet bukan keutamaan ketika ini.

“Adakah kalau ada Timbalan Perdana Menteri dari Parti Bersatu akan selesai isu rakyat?” soal beliau.

Beliau turut membidas Muhyiddin dengan berkata, Pengerusi PN itu barang kali lebih sibuk dengan isu jawatan Kabinet dan memuktamadkan isu logo yang tak habis-habis dibincangkannya. MG

Shahril bidas Muhyiddin, sibuk dengan isu jawatan kabinet


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker