Pandu melulu, lelaki dipukul tiga pengguna jalan raya

Pandu melulu, lelaki dipukul tiga pengguna jalan raya

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh raya Pasir Gudang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 6.05 petang, kereta dipandu seorang lelaki yang juga mekanik berusia 24 tahun melanggar sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 30-an.

Katanya pelanggaran itu menyebabkan motosikal tersebut kemalangan.

“Pada masa sama tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta berada di belakang kenderaan yang dipandu lelaki terbabit menyaksikan kejadian itu.

“Ketiga-tiga lelaki itu yang berusia antara lingkungan 25 hingga 31 tahun kemudian keluar dari kereta sebelum memukul pemandu kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelas Raub, tiga lelaki berkenaan dikatakan berang dengan perbuatan pemandu kereta tersebut yang memandu secara berbahaya.

Katanya tiga suspek berkenaan tidak mengenali penunggang motosikal atau pemandu kereta berkenaan.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan meminta individu yang terbabit supaya tampil ke IPD berkenaan untuk diambil keterangan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh terus menghubungi talian hotline IPD tersebut 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor S Sivakumaran menerusi talian 019-5127410,” katanya.

Kes kemalangan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59), manakala kes pukul mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, video kejadian tersebut yang berdurasi 33 dan 22 saat kemudian tular dalam media sosial sejak semalam.

Menerusi video terbabit kelihatan tiga lelaki dewasa memukul suspek di tengah jalan Lebuh raya Pasir Gudang, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. BH

Pandu melulu, lelaki dipukul tiga pengguna jalan raya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker