Halim dakwa dilarang tanding, mahu cabar pemilihan MTUC di mahkamah

Halim dakwa dilarang tanding, mahu cabar pemilihan MTUC di mahkamah

Kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka terus bergolak walaupun mengadakan pemilihan hari ini selepas pencalonan seorang pemimpinnya bagi jawatan presiden ditolak atas alasan yang didakwa remeh.

Abdul Halim Mansor yang mendakwa beliau presiden MTUC sah sebelum ini, kecewa apabila dilarang bertanding untuk jawatan nombor satu itu pada pemilihan kali ini.



Halim daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja Industri Petroleum dan Kimia (NUPCIW) berkata, pemilihan itu tidak mengikut perlembagaan MTUC dan bercadang membawa kes ke mahkamah.

“Borang pencalonan saya sampai tetapi mereka kata salah alamat…bukan alamat emel rasmi, jadi mereka tolak pencalonan saya.

“Inilah kepimpinan yang mereka (MTUC) ada, mereka tak mahu saya masuk, mereka halang saya masuk walaupun saya disahkan sebagai presiden apabila Jaafar (Majid) tarik diri sebagai presiden. Itu pun mereka (Majlis Am) tak mahu akui,” katanya kepada FMT.

Halim berkata, mengikut perlembagaan MTUC, pemilihan perlu diadakan hujung tahun antara Oktober hingga Disember namun ia dipercepatkan kepada Julai.



“Ia mengundang mana-mana pihak gabungan mengambil tindakan terhadap persidangan ini sama ada ia sah atau tidak sah kerana ia melanggar perlembagaan,” dakwanya.

Persidangan Perwakilan MTUC kali ke-42 berlangsung dua hari bermula hari ini bakal menyaksikan pemilihan peneraju baharu kongres kesatuan sekerja itu bagi penggal 2023-2025.

MTUC berdepan isu kepimpinan sejak September 2020 selepas pemilihan ahli jawatankuasa untuk mengetuai pergerakan itu bagi tempoh tiga tahun berkesudahan dengan keputusan seri bagi undian jawatan presiden.

Jawatan presiden terikat selepas Halim dan Jaafar daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE) masing-masing mendapat 136 undi manakala Nor Azlan Yaacob daripada Kesatuan Pekerja Industri Perkayuan (TEU) mendapat 102 undi.



Namun, kemelut jawatan presiden MTUC akhirnya selesai selepas Jafar mengumumkan menarik diri daripada kepimpinan MTUC pada Mac lalu dan memberi laluan kepada Halim mengambil alih jawatan itu.

Bagaimanapun, Halim mendakwa Mesyuarat Majlis Am yang berlangsung pada 20 Mac lalu menafikan keputusan beliau sebagai presiden dipilih.

Katanya, beliau telah membawa perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) namun sehingga kini agensi berkenaan tidak membalas sebarang aduannya.

“Saya mengadu kepada JPPM dan JPPM tidak balas satu surat aduan pun daripada saya dan tidak ada tindakan daripada mereka setakat ini.



“Mereka (JPPM) tidak bertindak sebab tu saya ambil tindakan untuk deklarasi sebagai presiden MTUC dan anggap semua mesyuarat selepas pemilihan sebelum ini tidak sah,” katanya.

Malah, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah dalam masa terdekat bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap jawatankuasa kesatuan bagi penggal 2020-2022 kerana melanggar undang-undang dan Perlembagaan MTUC mengikut Peraturan 7 Subseksyen 13.

“Saya akan cabar, bermakna keputusan mahkamah akan dirujuk bermula daripada mesyuarat saya tidak diletak sebagai presiden dan (dihalang masuk ke) persidangan ini,” katanya. FMT

Halim dakwa dilarang tanding, mahu cabar pemilihan MTUC di mahkamah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker