Salah sambung kontrak jangka panjang di Liverpool

Salah sambung kontrak jangka panjang di Liverpool

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menandatangani sambungan kontrak jangka panjang di kelabnya, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

Liverpool tidak menyatakan secara terperinci namun Sky Sports melaporkan bahawa pemain antarabangsa Mesir itu menandatangani perjanjian hingga 2025.

“Saya rasa hebat dan saya teruja untuk menang trofi bersama kelab. Ia hari yang gembira untuk semua orang,” kata Salah dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab.

“Ia mengambil sedikit masa, saya rasa, untuk memperbaharuinya, tapi ketika ini ia sudah dilakukan, jadi kami hanya perlu fokus untuk apa yang berlaku seterusnya.

“Saya rasa anda boleh lihat dalam lima atau enam tahun terakhir, pasukan ini sentiasa ke hadapan. Musim lalu kami hampir menang empat tapi malangnya pada minggu terakhir kami tewas dua trofi.” BH

Salah sambung kontrak jangka panjang di Liverpool


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker