Pusat rawatan TH diiktiraf di Arab Saudi

Pusat rawatan TH diiktiraf di Arab Saudi

Lembaga Tabung Haji (TH) terus mendapat pengiktirafan apabila diberi permit (tarkhis) oleh Arab Saudi bagi mengendalikan Pusat Rawatan TH di Makkah dan Madinah.

Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan permit-permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Beliau berkata, ia juga satu pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Mohd. Shaffari Marzuki dan Rombongan Perubatan Musim Haji 1443H/2022M .

“Perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Rawatan TH ini adalah hampir setara dengan Hospital Pakar Minor,” katanya menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

Ujar beliau, pusat rawatan itu juga diberikan Permit Ambulan (Tasrih) untuk menjalankan perkhidmatan ambulan yang mana Malaysia mempunyai 20 buah ambulan spesifikasi tinggi.

Dr. Noor Hisham berkata, perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah hampir setara dengan hospital pakar minor termasuk rawatan pesakit luar, rawatan kecemasan, rawatan pesakit dalam, rawatan pakar dan rawatan jemaah haji di lapangan terbang.

“Rawatan lain termasuk perkhidmatan panggilan ambulan, radiologi (pengimejan diagnostik), makmal perubatan, farmasi pesakit dalam dan pesakit luar, fisioterapi, perkhidmatan pergigian, khidmat penjagaan spritual, khidmat pemakanan diet dan pemantauan pembimbing ibadah haji,” katanya.

Tambah beliau, secara keseluruhannya di Makkah dan Madinah, kapasiti katil di Pusat Rawatan Pesakit Dalam adalah sebanyak 268 katil manakala Pusat Rawat dan Rehat pula adalah 184 katil. K Online

Pusat rawatan TH diiktiraf di Arab Saudi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker