Roboh Stadium Shah Alam Masih Dalam Perbincangan

Roboh Stadium Shah Alam Masih Dalam Perbincangan

Kerajaan Selangor masih dalam peringkat penelitian dan perbincangan termasuk pilihan merobohkan Stadium Shah Alam sebagai langkah penjimatan jangka masa panjang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan itu masih dalam peringkat penelitian dan akan diputuskan dalam waktu terdekat.



Menurutnya, Stadium Shah Alam memerlukan perbelanjaan tinggi bagi kos penyelenggaraan iaitu RM5 juta pada setiap tahun.

“Cadangan merobohkan adalah salah satu pilihan kerana kita terpaksa menjalankan kerja penyelenggaraan Stadium Shah Alam pada setiap tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas Jelajah Selangor Penyayang Peringkat Daerah Kuala Selangor di Stadium Kuala Selangor di sini pada Sabtu.

Amirudin berkata, sudah tiba masanya pelan jangka panjang diputuskan kerajaan negeri bagi mengambil kira soal keselamatan di stadium itu.

“Kita tidak mahu hanya baik pulih stadium semata-mata sebaliknya ada komponen lain bermasalah dan memerlukan penyelenggaraan,” ujarnya.



Beliau memberitahu, sudah pasti keputusan itu nanti turut mengambil kira soal teknologi dan kelengkapan sistem baharu yang diperlukan oleh stadium bola sepak.

“Perkara ini akan dinilai oleh kumpulan profesional secara teknikal bagi memastikan segala keperluan dan keputusan diambil nanti membawa kepada kepentingan stadium itu pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.

“Kita akan umumkan (keputusan cadangan) pada 16 Julai ini bersempena hari pembukaan Stadium Shah Alam.



“Buat masa ini tidak elok jika saya huraikan keseluruhan kerana ia melibatkan perbincangan semua pihak yang terbabit dalam pengurusan bola,” ujarnya.-SH

Roboh Stadium Shah Alam Masih Dalam Perbincangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker