Tajuddin berkemungkinan dipecat dari UMNO

Bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman berisiko untuk dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat kerana tindakannya mendedahkan perihal dalaman parti serta “menyerang” kepimpinan Umno.

Seorang ahli MKT Umno yang enggan namanya didedahkan berkata jawatankuasa disiplin parti boleh bertindak ke atas ahli Parlimen Pasir Salak itu sekiranya ada laporan dibuat.

“Tindakan Tajuddin telah melanggar etika sebagai bekas ahli MKT, dia berisiko untuk dikenakan tindakan disiplin kerana ‘menyerang’ kepimpinan parti secara terbuka dan mendedahkan hal-hal dalaman parti (membabitkan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat yang menjadi rahsia parti).

“Walaupun apa yang diperkatakannya banyak perkara tidak benar, dia boleh menyuarakan rasa tidak puas hati melalui saluran parti yang disediakan.

“Jawatankuasa disiplin boleh memanggil Tajuddin jika ada laporan dibuat,”

Pada 27 jun lalu, Tajuddin mengadakan sidang media, beberapa hari selepas dia digugurkan sebagai ahli MKT Umno.

Tajuddin dalam sidang medianya itu antara lain mendakwa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumpul akuan bersumpah (SD) membabitkan sokongan ahli Parlimen Umno bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Selain itu dia turut mendakwa Ahmad Zahid tidak layak untuk memimpin Umno bagi menghadapi PRU15 kerana telah menjadi liabiliti kepada parti ekoran pertuduhan dihadapi di mahkamah.

Sebelum mengakhiri sidang medianya, Tajuddin berkata dia masih sayangkan Umno dan bersedia berdepan sebarang kemungkinan ekoran pendedahannya itu.

Dalam pada itu sumber MKT berkata Tajuddin boleh dipecat daripada parti susulan tindakannya itu.

“Ia bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti setelah siasatan dan proses sewajarnya dilakukan.

“Jika jawatankuasa disiplin membuktikan wujud salah laku yang membolehkan dia dipecat, keputusan itu akan dibawa ke dalam mesyuarat MKT untuk memutuskannya,” katanya lagi.

Tajuddin berkemungkinan dipecat dari UMNO

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker