Mat Despatch durjana ditahan polis selepas tumbuk muka bapa sendiri



AMPANG JAYA – Seorang lelaki bekerja sebagai Mat Despatch tergamak menumbuk muka bapanya sendiri berulang kali selepas berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di Kampung Indah Permai di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, kejadian berpunca selepas bapa mangsa mengesyaki anaknya itu berada di bawah pengaruh dadah namun dinafikan lelaki berusia 33 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di rumah mereka.

“Bapa suspek merupakan seorang peniaga berusia 63 tahun ditumbuk pada bahagian kepala berulang kali sehingga menyebabkan kecederaan pada dahi sebelah kiri dan kelopak mata.

“Suspek juga mengugut akan terus mencederakan bapa kandungnya itu sekiranya dia bertindak menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




Mohamad Farouk berkata, sepasukan polis dari cawangan kereta peronda (MPV) Ampang Jaya telah ke lokasi kejadian dan melakukan tangkapan ke atas suspek.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.