VK Liew ‘kawtim’ SPRM: RM500 ribu dipulangkan kepada LDP, hanya RM9,560.96 disita

Kerana takut LDP menyeret bekas Presiden LDP, Akhirnya hanya RM9,560.96 sahaja dari baki RM509,560.96 dibekukan dan RM500 ribu dipulangkan kepada parti LDP. Hebat kawim VK Liew dengan SPRM

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan ‘kitab suci’ kepercayaan Pakatan Harapan iaitu Malaysiakini yang mendedahkan VK Liew Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) pernah menerima RM3.5 juta sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013 dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

[BACA ARTIKEL- Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB ]



LDP tahun lalu juga mengesahkan Datuk VK Liew menerima dana itu. Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin turut mendedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dengan kes penyelewengan akaun parti semasa menjawat Presiden lima tahun lalu.

Bagaimanapun VK Liew menafikannya walaupun bukti jelas di depan mata.

[BACA ARTIKEL-  VK Liew nafi ‘curi’ wang LDP dikait 1MDB dan sudah berunding SPRM ]



Rundingan sebelum ini dengan Shukri SPRM berjaya

Salahguna kuasa VK Liew 2019

VK Liew kini Menteri Undang-undang PH sudah tentu beliau akan melepaskan diri malah akan menutup kes rakan-rakan PHnya. Malah kes Pengarah Jabatan Air Negeri yang kuasa negeri pun Menteri Warisan ini menjadi jurucakap membela Amarjit Singh. 

Sesuatu yang menakjubkan berlaku apabila akaun LDP berbaki RM509,560.96 dibekukan SPRM selepas PRU14 sepatutnya menyeret sekali VK Liew kerana beliau adalah Presiden LDP tetapi nampaknya tidak berlaku.



Parti LDP mempunyai bukti dan mengugut Menteri Undang-Undang PH sebagai penerima dana dalam kes penyitaan SPRM itu.

[BACA – LDP threat to include Liew]

Kerana VK Liew adalah Menteri Undang-undang, akhirnya SPRM bersetuju ‘kawtim’ di Mahkamah untuk selesaikan kes ini dengan menyita RM9,560.96 sahaja dari baki RM509,560.96 yang dibeku dan memulangkan RM500,000 (belum campur faedah yang diterima semasa dibeku SPRM) kepada parti LDP.

LDP pula bersetuju kerana tidak mahu melanjutkan kes ini dan untung RM500.000 lagi.



[BACA- LDP keeps RM500k, forfeits RM9,560.96 in 1MDB forfeiture suit settlement]

Hari ini Najib Tun Razak yang dibicarakan di mahkamah kes 1MDB itu mempersoalkan agaknya berapa banyak kos guaman dan mahkamah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan PH serta pihak SPRM selama ini sehingga mereka berjaya menyita wang sebanyak RM9,560.96 itu?

VK Liew salah guna kuasa dan rasuah

Apa nak hairan kes rasuah Shafie Apdal pun tidak sempat ke mahkamah sudah dilepaskan oleh VK Liew dalam Dewan Negara. Begitu juga kes rasuah kontroversi Sundra Rajoo Pengarah AIAC yang membayar rasuah kepada VK Liew terus senyap.



 

[ARTIKEL BERKAITAN-VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sundra Rajoo AIAC beri rasuah didakwa, VK Liew terima rasuah terus kebal ]

 
sumber
[http://sabahkini2.com/en/news/2311/vk-liew-kawtim-sprm-rm500-ribu-dipulangkan-kepada-ldp-hanya-rm956096-disita/view]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker