Tak mahu lagi diperdaya, BN hati-hati runding kerusi dengan GRS – Zahid



Tak mahu lagi diperdaya, BN hati-hati runding kerusi dengan GRS – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu akan lebih berhati-hati dalam rundingan kerusi dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mereka tidak mahu lagi “diperdaya” seperti sebelum ini.

Katanya, apa yang berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) lalu memberi pengajaran kepada BN selepas beliau mendakwa telah diperdaya.

Ketika ditanya sama ada “diperdaya” yang dimaksudkan adalah berkaitan pelantikan ketua menteri, presiden Umno itu berkata ia adalah berkaitan “isu lain”.

“Saya tidak fikir kita mahu menghadapi satu lagi situasi politik seperti ini, ia tidak memberi manfaat kepada kita dan kita perlu lebih berhati-hati,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan konvensyen BN Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC).




Pada PRN Sabah 2020 lalu, BN negeri mempertikaikan pelantikan pemimpin daripada Bersatu sebagai ketua menteri selepas mendakwa BN memenangi lebih banyak kerusi berbanding parti itu.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata, mereka mempunyai lima pilihan jika perbincangan kerusi dengan GRS gagal.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pilihan itu kerana menganggapnya sebagai satu strategi.

Bung berkata demikian ketika ditanya sana ada BN Sabah bersedia bergerak sendirian jika rundingan kerjasama dengan GRS tidak berjalan lancar.

Terdahulu, beliau yang juga ketua Umno Sabah turut berkata, perbincangan mengenai kerusi dengan GRS masih berjalan walaupun menganggapnya “belum lancar”. FMT




Tak mahu lagi diperdaya, BN hati-hati runding kerusi dengan GRS – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.