BN Tidak Terlibat Dalam Pemberian Kad Pengenalan Di Sabah – Najib

BN Tidak Terlibat Dalam Pemberian Kad Pengenalan Di Sabah – Najib

PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat BN itu sebaliknya menegaskan Kerajaan BN terdahulu yang dipimpin olehnya telah melantik pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.



“BN tidak terlibat dalam pemberian IC (kad pengenalan)… tidak. Apa yang berlaku terdahulu kita mahu memperbetulkannya

“Atas sebab itu kita meletakkan PBS untuk menyelesaikannya ketika zaman (pentadbiran) saya,” katanya selepas sidang media selepas hadir pada Majlis Konvensyen BN Sabah di Penampang pada Sabtu.

Ditanya kenapa PBS membangkitkan perkara itu sedangkan mereka berada dalam kerajaan, bekas Perdana Menteri itu memaklumkan tidak pasti mengenai perkara itu.

Untuk rekod, ketika era pentadbiran Najib pada 2013, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kebanjiran PATI di negeri itu.



Apa yang penting untuk Sabah kata Najib ialah memperkukuhkan kawalan sempadan dan keselamatan serta pembangunan negeri Sabah. AA

BN Tidak Terlibat Dalam Pemberian Kad Pengenalan Di Sabah – Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker