Zahid dedah 4 parti mohon sertai BN



Zahid dedah 4 parti mohon sertai BN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat empat parti termasuk satu dari Sabah telah memohon untuk menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan parti mana namun berkata, permohonan semua parti itu masih dalam pertimbangan.

“Ada empat parti yang telah memohon (sertai BN), saya beritahulah ada satu dari Sabah tapi parti mana, ia masih dalam pertimbangan.

“Kebangkitan semula BN ini dengan permohonan parti-parti memperlihatkan bahawa kita sedang menyusun semula organisasi BN keseluruhannya,” katanya dalam sidang media selepas konvensyen BN Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC).




Dalam perkembangan lain, Zahid yang juga presiden Umno berkata, BN Sabah akan dijadikan satu entiti menggabungkan beberapa parti politik di negeri ini selain parti teras gabungan berkenaan iaitu Umno dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Katanya, beberapa perkara dalam Perlembagaan BN akan dipinda bagi menjadikan BN Sabah sebagai satu entiti.

“Tujuan kita melakukan demikian berikutan daripada pindaan Perlembagaan Umno sendiri yang telah memberikan autonomi kepada Umno Sabah dan untuk memberikan kesinambungan terhadap autonomi itu walaupun autonomi BN Sabah tidak setaraf dengan autonomi Umno Sabah.

“BN Sabah ini nanti akan menyelaraskan manifesto serta ‘aku janji’ mereka sendiri kerana keperluan di Semenanjung dengan Sabah tidak sama.

“Bagaimanapun, bagi soal pembahagian kerusi ia masih perlu dibincangkan di peringkat BN nasional kerana autonomi BN Sabah dengan Umno Sabah tidak sama,” katanya. FMT




Zahid dedah 4 parti mohon sertai BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.