Lelaki maut kereta Kancil terbalik rempuh Mercedes

Keadaan kereta Kancil dipandu Nordin selepas merempuh sebuah Mercedes Benz di lampu isyarat berhampiran Melaka Sentral, hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil dipandu terbalik selepas merempuh sebuah Mercedes Benz di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa Nordin Mohamed Yusop, 39, yang bekerja sebagai kontraktor meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Palah menghala ke lampu isyarat Melaka Sentral.

“Setiba dilokasi kereta mangsa telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah Mercedes Benz yang sedang menunggu lampu isyarat merah.

“Akibat rempuhan itu, kereta Kancil tersebut telah terbalik dan mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat rempuhan itu juga kereta Mercedes berkenaan telah melanggar dua buah kenderaan lain di hadapannya iaitu sebuah Perodua Axia dan Alza.

“Kesemua pemandu dan penumpang lain yang terlibat dalam nahas itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker