Bekas suami Lufya nafi dia lelaki itu

Bekas suami Lufya nafi dia lelaki itu

“Ex husband (bekas suami) awak kan? Ya Allah, jahatnya. Please buat police report (tolong buat laporan polis).”

Itu komen seorang pengguna media sosial di Instagram Lufya susulan pendedahan dibuat penyanyi dan pelakon itu yang mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura, 5, ketika berada di taman permainan di Kota Damansara, Ahad lalu.

Komen itu turut mendakwa bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, sebagai dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu.



“Not sure (tak pasti) but (tapi) memang kerja ex husband (bekas suami) dia ni. Dayus,” tulisnya.

Hafiz ketika dihubungi Harian Metro menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen itu adalah fitnah.

Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.

“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.



“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hafiz, dia mengetahui insiden itu apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram.

“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.



“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.

“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah,” katanya. – HM Online

Bekas suami Lufya nafi dia lelaki itu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker