Presiden Amerika kecewa! Mahkamah Agung benar rakyat AS bawa senjata api di tempat awam

WASHINGTON – Mahkamah Agung memutuskan bahawa rakyat Amerika Syarikat (AS) berhak membawa senjata api di luar rumah dan tempat awam dalam kemenangan besar bagi penyokong Pindaan Kedua Perlembagaan, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Keputusan berdasarkan undian 6-3 itu membatalkan undang-undang negeri New York yang menetapkan bahawa pemilik senjata api perlu mengemukakan alasan munasabah untuk membawa senjata api di luar rumah bagi mendapatkan permit.

Pendirian panel sembilan hakim Mahkamah Agung itu berbeza berdasarkan ideologi masing-masing dengan kesemua enam hakim konservatif menentang undang-undang itu, manakala tiga hakim lain memi­lih untuk menegakkannya demi kawalan dan keselamatan orang awam.

Menulis keputusan bagi pihak majoriti, Hakim Bersekutu Cla­rence Thomas berkata, undang-undang New York itu melampau dan melanggar Pindaan Kedua Perlembagaan AS.

“Oleh kerana negeri New York mengeluarkan lesen untuk membawa senjata api di tempat awam hanya apabila pemohon membuktikan terdapat keperluan khas bagi mempertahankan diri, kami memutuskan bahawa perlesenan senjata api di New York melanggar Perlembagaan negara,” kata Thomas dalam keputusan Mahkamah Agung.

Hakim Bersekutu Brett Kavanaugh dan Ketua Hakim Negara, John Roberts berpendapat pembatalan undang-undang New York itu tidak menghalang negeri-negeri lain untuk menggubal pelbagai langkah berkaitan keselamatan senjata api.

Sebaliknya, mereka me­nyalahkan undang-undang New York kerana tidak cukup spesifik tentang apa yang boleh diterima dan sebaliknya.

Kavanaugh menyatakan bahawa undang-undang itu bermasalah dari segi perlembagaan kerana menawarkan budi bicara kepada pegawai perlesenan serta lesen hanya dikeluarkan kepada pemohon yang boleh membuktikan keperluan untuk mempertahankan diri.

Hakim konservatif Samuel Ali­to dan Amy Coney Barrett turut menulis pendirian serupa.

Bagaimanapun, Hakim Stephen Breyer yang bakal bersara pada penghujung penggal ini menulis pendapat berbeza dan disertai oleh Hakim Sonia Sotomayor dan Hakim Elena Kagan.

“Pada 2020, seramai 45,222 rakyat Amerika terbunuh akibat senjata api. Sejak awal tahun ini, terdapat 277 insiden tembakan rambang dilaporkan. Purata itu melebihi satu kejadian tembakan sehari.

“Banyak negeri di AS cuba menangani bahaya keganasan senjata api dengan meluluskan undang-undang untuk mengehadkan siapa yang boleh membeli, membawa atau menggunakan pelbagai jenis senjata api.

“Mahkamah hari ini sangat menyukarkan usaha negeri-negeri berkenaan,” kata Breyer.

Kes tersebut berpunca daripada tuntutan mahkamah oleh Persatuan Raifal dan Pistol Ne­geri New York yang mendakwa bahawa undang-undang negeri menjadikan hampir mustahil bagi orang ramai mendapatkan permit senjata api. Kerajaan negeri juga didakwa silap kerana menganggap Pindaan Kedua sebagai keistimewaan dan bukannya hak rakyat AS.

Presiden Joe Biden bagaimana­pun berkata, beliau sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Agung.

“Ekoran daripada serangan kejam di Buffalo (New York) dan Uvalde (Texas) serta keganasan senjata api yang berlaku setiap hari tetapi tidak menjadi tajuk berita utama negara, kita perlu melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah masyarakat untuk melindungi rakyat AS.

“Saya menggesa negeri-negeri untuk terus menggubal dan menguatkuasakan undang-undang munasabah untuk menjadikan rakyat dan komuniti mereka selamat daripada keganasan senjata api. Seperti yang diperakui mendiang Hakim [Antonin] Scalia, Pindaan Kedua bukanlah hak mutlak,” kata Biden.

Kali terakhir Mahkamah Agung membuat keputusan signifikan yang serupa adalah pada 2008 apabila memutuskan bahawa rakyat AS berhak menyimpan senjata api di kediaman mereka. Keputusan kelmarin meluaskan skop tersebut kepada luar rumah dan tempat awam. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker