Pegawai Farmasi Maut Kemalangan Di Setiu



Pegawai Farmasi Maut Kemalangan Di Setiu

SETIU: Seorang pegawai farmasi maut dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu di Sungai Tarom, Setiu, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata mangsa dikenali Nurul Atiqah Awang Lah, 36, beralamat di Tanah Merah, Kelantan bertugas di Hospital Daerah Setiu.

Beliau berkata, kejadian itu membabitkan PERODUA Myvi dan PERODUA Alza pada jam 7.15 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Myvi dari arah pekan Permaisuri menghala ke Sungai Tarom hilang kawalan terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar PERODUA Alza di simpang tiga,” katanya


Leave a Reply

Your email address will not be published.