Kes bunuh CEO Cradle Fund: Jabatan Peguam Negara cabar keputusan Mahkamah Tinggi

Gambar Hiasan***

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Peguam Negara, Idrus Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Kami sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail ketika ditanya berkata, notis rayuan difailkan melalui e-filing semalam.



Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan notis rayuan agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Ab Karim Ab Rahman melepas dan membebaskan Samirah, 47, dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun, atas pertuduhan membunuh Nazrin, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Karim memutuskan keterangan yang menunjukkan Samirah dan dua remaja adalah orang terakhir bersama si mati, tidak boleh dikatakan menjurus kepada kesalahan membunuh Nazrin.

Hakim juga memutuskan tiada bukti langsung menunjukkan mereka bertiga melakukan kesalahan (pembunuhan).



Samirah, serta dua remaja dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun 2018.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker