Guan Eng terima rasuah RM100,000 dengan senyuman

Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa Lim Guan Eng tersenyum apabila pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd menyerahkan wang rasuah RM100,000 kepada ketua menteri Pulau Pinang itu pada 2013.

Saksi pendakwaan ke-23 mendakwa tertuduh juga kelihatan gembira apabila dia menerima RM100,000 lagi sebagai rasuah pada 2014.

Zarul memberi keterangan semasa perbicaraan rasuah hari ini terhadap Lim yang juga adalah bekas menteri kewangan berhubung projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.



Semasa pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi itu mendakwa bayaran berkenaan dikaitkan dengan Lim yang kononnya meminta keuntungan 10 peratus sebagai balasan projek tersebut dianugerahkan kepada syarikatnya itu secara rundingan terus.

Zarul yang adalah eksekutif di Zenith mendakwa kedua-dua sogokan itu itu dilakukan dengan dirinya menyerahkan wang berkenaan dalam sampul yang tertutup kepada Lim di pejabat ketua menteri di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 17 Dis tahun lalu, Zarul memberi keterangan dia “terkejut” apabila Lim didakwa meminta 10 peratus keuntungan masa depan daripada projek itu.

Saksi itu mendakwa tertuduh meminta wang tersebut daripadanya ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta di Kuala Lumpur pada malam Mac 2011.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker