AS bentang RUU tangani keganasan senjata api

Penjualan senjata api melonjak di Amerika Syarikat sejak tahun 2009

SENATOR Amerika Syarikat (AS) pada Selasa membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani keganasan senjata api yang mengancam negara itu selepas insiden tembakan rambang baru-baru ini.

Difahamkan, kumpulan rentas parti yang bertungkus lumus selama berminggu-minggu bagi pindaan RUU itu yakin ia akan mendapat sokongan yang secukupnya daripada kedua-dua parti untuk membolehkan ia dibawa ke meja Presiden AS, Joe Biden seawal minggu depan.

“Perundangan keselamatan senjata api dua parti ini menunjukkan perkembangan yang akan menyelamatkan nyawa.

“Walaupun bukan semua yang kita mahu, RUU ini sangat diperlukan,” kata pemimpin Senat Demokrat, Chuck Schmur dalam satu kenyataan.



Penggubal undang-udang sedar bahawa kelewatan meluluskan pindaan itu akan menjerumuskan risiko seperti insiden mengorbankan 19 kanak-kanak di Uvalde, Texas dan 10 warga kulit hitam di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, bulan lalu.

Kali terakhir pindaan undang-undang kawalan senjata api persekutuan diluluskan pada 1994, yang mengharamkan pembuatan senapang serangan dan klip peluru berkapasiti besar untuk kegunaan awam.

Menurut Arkib Keganasan Senjata Api, pindaan itu telah tamat tempoh sedekad kemudian dan tidak ada usaha serius untuk melakukan pembaharuan, walaupun purata harian insiden tembakan besar-besaran meningkat tahun Ini.

Kumpulan Senator dwipartisan bersetuju mengenai rangka kerja 12 Jun iaitu memeriksa latar belakang pembeli. – AFP



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker