Anak gajah mati dirempuh 4WD

Anak gajah mati dirempuh 4WD

Seekor anak gajah mati dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, Kluang, Johor, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Kluang, Abdul Razak Abdullah Sani, dalam kejadian 9.30 malam, seorang wanita warga tempatan, 53, cedera ringan, manakala pemandu kenderaan itu selamat.

“Kenderaan 4WD dari Kahang ke Kluang terbabit kemalangan dengan seekor anak gajah yang sedang melintas jalan.

“Akibat kemalangan ini, pemandu kenderaan pacuan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan. Penumpang yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Anak gajah yang dilanggar mati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan dengan sebaiknya,” katanya menurut laporan Harian Metro. FMT

Anak gajah mati dirempuh 4WD


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker