Sarawak cadang lanjut permit kerja profesional 5 tahun sekali – Abang Jo



Sarawak cadang lanjut permit kerja profesional 5 tahun sekali – Abang Jo

Golongan profesional dari luar yang bertugas di Sarawak tidak perlu lagi memperbaharui permit kerja setiap tahun apabila kerajaan Sarawak melonggarkan tempoh sah permit itu sehingga lima tahun.

Premier Sarawak Abang Johari Openg, berkata kelonggaran itu hanya diberikan kepada golongan profesional dalam sektor strategik seperti jurutera, pakar teknologi maklumat dan ahli sains.

Katanya, perkara itu sedang diteliti bersama Jabatan Imigresen (Imigresen) dan pelaksanaannya dijangka bermula selewat-lewatnya tiga bulan lagi.

Beliau berkata, kelonggaran itu diberi bagi memudahkan mereka yang turut menyumbang kepakaran dalam pembangunan ekonomi Sarawak.




“Sekarang golongan profesional (dari luar Sarawak termasuk Semenanjung) terpaksa memperbaharui permit kerja setiap tahun.

“Namun, kita (kerajaan Sarawak) memutuskan untuk melanjutkan tempoh sah permit kerja sehingga lima tahun dan ia akan dilaksanakan seawal bulan depan atau selewat-lewatnya dalam tempoh dua tiga bulan lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Bukan semua yang masuk ke Sarawak akan mendapat keistimewaan itu. Misalnya jika kita memberinya kepada pelancong, lain pula jadinya nanti.” FMT

Sarawak cadang lanjut permit kerja profesional 5 tahun sekali – Abang Jo


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Leave a Reply

Your email address will not be published.