Kadar inflasi jadi fokus kerajaan dalam Bajet 2023 – Shahar

Kadar inflasi jadi fokus kerajaan dalam Bajet 2023 – Shahar

Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai kadar inflasi negara dan berusaha mencari penyelesaian terbaik, termasuk merangka strategi baharu menerusi Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, kadar inflasi di Malaysia tidak berada pada paras yang tinggi berbanding negara jiran dan terkawal berikutan perbelanjaan subsidi yang besar oleh kerajaan.



“Kerajaan tidak ambil itu sebagai satu keadaan yang selesa dan kita sentiasa melihat bagaimana ruang untuk kita bantu supaya ia memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya dalam program ‘Malaysia Petang Ini’ terbitan Bernama TV.

Beliau berkata, intipati Bajet 2023 yang sedang dirangka akan memberi fokus kepada empat seksyen utama iaitu kesejahteraan rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan.

Shahar menegaskan bahawa, kerajaan sentiasa melihat secara holistik berhubung pendekatan sedia ada dari segi pelaksanaan cukai dan dasar dalam memperkasakan Bajet 2023.

“Melalui Bajet 2023, kita akan mengukuhkan proses pemulihan negara yang kini berada dalam fasa peralihan endemik dan memudah cara pembaharuan untuk memastikan kemampanan daya tahan ekonomi kita.



“Oleh itu, Kementerian Kewangan secara berterusan mengadakan sesi libat urus secara menyeluruh bersama rakyat untuk menerima pandangan dan maklum balas mereka dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan,” katanya. FMT

Kadar inflasi jadi fokus kerajaan dalam Bajet 2023 – Shahar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker