Terima kasih Belanda import produk, minyak sawit Malaysia – Ismail



Terima kasih Belanda import produk, minyak sawit Malaysia – Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada Belanda atas pengimportan berterusan minyak sawit dan produk sawit Malaysia.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkongsikan antara butiran topik utama perbualan telefon dengan rakan sejawatan beliau dari Belanda, Mark Rutte hari ini.

“Tahniah Perdana Menteri Mark Rutte atas pelantikan semula beliau sebagai Perdana Menteri.

“Saya menyuarakan penghargaan atas tawaran Kerajaan Belanda untuk bantuan kepakaran berikutan bencana banjir besar yang melanda negara akhir tahun lepas,” kongsinya.




Perdana Menteri juga menyuarakan komitmen Malaysia untuk bersama Belanda mendapatkan keadilan dalam perbicaraan mahkamah berhubungan kes MH17.

Dalam pada itu, menurut Ismail Sabri, Mark Rutte turut menyentuh mengenai siasatan kes kematian warganegara Belanda, Ivana Smit yang dibuka semula oleh mahkamah rayuan.

“Saya memberi jaminan akan memastikan ketelusan dan keadilan dalam siasatan kes itu.

“Kami turut berbincang konflik Russia-Ukraine yang memberi impak inflasi dan kekurangan bekalan makanan dunia,” katanya. E9

Terima kasih Belanda import produk, minyak sawit Malaysia – Ismail





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Leave a Reply

Your email address will not be published.