Menteri Perdagangan Indonesia dipecat kerana isu sawit
Menteri Perdagangan Indonesia dipecat kerana isu sawit
Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mengumumkan rombakan kabinet hari ini, memecat Menteri Perdagangan dan melantik pengganti baharu susulan kontroversi beberapa siri pembalikan dasar eksport minyak sawit.
Pengerusi Parti Amanat Negara dan bekas Menteri Perhutanan, Zulkifli Hasan mengangkat sumpah sebagai Menteri Perdagangan yang baharu.
Penyandang sebelum ini Muhammad Lutfi didakwa flip-flop dalam melaksanakan dasar untuk membendung lonjakan harga minyak masak domestik, termasuk larangan penghantaran minyak sawit daripada pengeksport terbesar dunia itu.
Larangan eksport selama tiga minggu itu menimbulkan kejutan di pasaran global dan membawa kepada beberapa siri tangkapan atas dakwaan rasuah sebelum ia ditarik balik pada 23 Mei.
Presiden yang terkenal dengan panggilan Jokowi itu berkata, “rekod prestasi panjang” dan “pengalaman lapangan” memberinya keyakinan bahawa Zulkifli akan menyelesaikan isu tersebut.
Menteri baharu itu berikrar untuk “menyelesaikan dengan pantas isu berkenaan sejurus selepas pelantikannya.
mengenai ketersediaan dan kemampuan minyak masak khususnya”.
Bagaimanapun, pelantikannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada penganalisis.
Bhima Yudhistira, pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-undang berkata, beliau kecewa kerana presiden itu memenuhi keperluan pakatannya daripada meningkatkan prestasi kerajaan.
“Jika Jokowi mahu meninggalkan legasinya, perkara paling penting ialah melantik Menteri Perdagangan berlatar belakang profesional dan terdapat banyak pilihan. Kenapa pilih pengerusi parti politik?”
Persatuan Peniaga Pasar Tradisional mengucapkan tahniah kepada menteri baharu itu, berkata, terdapat isu rumit yang perlu beliau tangani.
“Kami ingin mengucapkan selamat datang ke dalam ‘hutan’. ‘Hutan belantara’ ini perlu dibersihkan dan kami berharap (menteri) akan berpihak kepada peniaga pasar tradisional, menyokong PKS dan mengukuhkan perdagangan dalam negeri,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. MG
Menteri Perdagangan Indonesia dipecat kerana isu sawit
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah