TMJ kembali terajui JDT

TMJ kembali terajui JDT

Pemangku Raja, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali menerajui kelab bola sepak Johor Ta’zim (JDT) selepas mengumumkan pengunduran minggu lalu.

“Sultan Ibrahim bertitah mengumumkan baginda berkenan supaya Tunku Ismail terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT,” titah baginda di Facebook.



Sultan Ibrahim bertitah, keputusan itu dibuat bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Minggu lepas, pemilik kelab bolasepak JDT itu mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan urusan harian kelab tersebut kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata, keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain. FMT

TMJ kembali terajui JDT




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker