Lelaki kerat ibu kandung didakwa

Lelaki kerat ibu kandung didakwa

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki yang ditahan kerana membunuh ibu kandung sendiri dengan mengerat kepada 15 bahagian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan membunuh bulan lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ng Yu Lim, 42, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.



Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan membunuh iaitu dengan menyebabkan kematian ke atas Ong Suan Bee, 68, antara jam 2.30 pagi hingga 3 pagi di sebuah rumah di Taman Kerian pada 26 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Julai depan bagi mendapatkan laporan perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Media melaporkan penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan kira-kira jam 3.30 petang pada 4 Jun lalu.

Kes pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran terhidu bau busuk yang luar biasa dari rumah wanita itu sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Mangsa dilaporkan hilang oleh anak perempuannya sejak 28 Mei lalu dan penemuan cebisan daging itu membawa kepada penahanan suspek yang merupakan anak sulung mangsa untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal dijalankan mendapati, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental telah bertindak kejam akibat rasa tidak berpuas hati terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya yang telah meninggal dunia 12 tahun lalu. Sinar



Lelaki kerat ibu kandung didakwa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker