Kes denggi di Kedah naik 143.8%

Kes denggi di Kedah naik 143.8%

Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 143.8% sehingga 11 Jun lepas, apabila merekodkan 490 kes berbanding 201 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo berkata, satu kematian dicatatkan akibat denggi setakat ini, manakala bilangan wabak meningkat kepada 55 kes berbanding hanya lapan bagi tempoh sama 2021.



“Daripada jumlah wabak yang dilaporkan ini, terdapat tiga ‘hotspot’ yang berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif, manakala 44 wabak lagi telah tamat.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis diperiksa dan 2,887 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM1.3 juta kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Othman berkata, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.

“Antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan akan dijalankan untuk setiap kes tunggal atau wabak.



“Bagi mengekang denggi daripada terus merebak, masyarakat perlu membersihkan kawasan persekitaran dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, menggunakan semburan aerosol, ubat pembunuh jentik-jentik, repelan serta mendapatkan rawatan segera jika demam, sakit sendi teruk dan ruam.” FMT

Kes denggi di Kedah naik 143.8%


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie



#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker