Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman

 

Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman. Perintah reman seorang lelaki berhubung kes kegiatan mempromosikan pornografi kanak-kanak melalui media sosial dilanjutkan  tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek berusia 19 tahun yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu itu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.



Pada 16 Jun lalu, lelaki itu ditahan manakala telefon bimbit miliknya dirampas di sebuah rumah di Semenyih di sini.

Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


 

PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker