Hak peribadi masing-masing nak pertikai saya lantik Zahid – Anwar

Hak peribadi masing-masing nak pertikai saya lantik Zahid – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan mengapa beliau melantik Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebagai timbalannya dalam Kabinet.

Beliau berkata, pelantikan Presiden UMNO itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan sedang menjalani perbicaraan kes di mahkamah.

Antara faktor berkenaan, katanya, berpandukan kapasiti Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN.



“Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini, saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Ahmad Zahid Presiden UMNO dan Pengerusi BN). Dia didakwa, belum ada hukuman dan proses ini kita harus hormati.

“Namun, yang saya musykil dan ini bukan saya suarakan sekarang, tetapi secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, orang yang menjerit soal rasuah itu dia harus bersih. Dia tidak boleh jerit rasuah, tetapi ambil projek ratusan juta ringgit, tak boleh,” katanya.

Bercakap demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, hari ini yang turut disertai Ahmad Zahid dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar mengakui beliau tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan berkenaan kerana tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing.



Pada 28 November lalu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Presiden PKR menyifatkan mana-mana individu hanya didapati bersalah apabila selesai dijatuhi hukuman.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap desakan beberapa pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik yang tidak mahu Ahli Parlimen Tambung itu melantik melantik barisan Kabinet yang mempunyai kes di mahkamah.

Antara yang ditegaskan mereka adalah gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Ahmad Zahid kini berdepan 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.



Beliau bagaimanapun dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah berkait Sistem Visa Luar Negara (VLN) pada 23 September lalu, namun pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan untuk kes terbabit.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulangi gesaan supaya semua ahli politik, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan harta dan aset masing-masing.

“Apabila saya dicabar ketika berkempen (Pilihan Raya Umum Ke-15) dulu, saya kata sama-samalah kita isytihar (harta). Saya sanggup isytihar harta dalam dan luar negeri.

“Saya juga mahu setiap orang (politik), termasuk Ketua PN (Muhyiddin) isytihar hartanya di Malaysia, Australia dan beberapa negara lain, tetapi (setakat ini) tiada jawapan,” katanya. BH

Hak peribadi masing-masing nak pertikai saya lantik Zahid – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker