Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Dr Syazwani 'superhero' dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Walaupun sedang mengandung, ia tidak menghalang seorang doktor warganergara Malaysia daripada memberi bantuan cemas kepada penumpang warga emas yang pengsan di dalam sebuah pesawat baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi oleh Mohsen Alkaff iaitu rakyat Malaysia yang turut berada di dalam pesawat sama yang sedang dalam perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

Jelasnya, ketika dalam perjalanan, seorang wanita warga emas yang berasal dari Turkiye itu secara tiba-tiba pengsan akibat tekanan darah tinggi.



Keadaan di dalam pesawat agak cemas namun berjaya diredakan selepas seorang doktor warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Dr Syazwani tampil menyelamatkan mangsa.

“Saya menaiki penerbangan Turkish Airlines pulang ke Kuala Lumpur dari Istanbul. Seorang wanita warga emas Turki pengsan akibat tekanan darah tinggi.


Baca Artikel Menarik:

Patimah pertahan Puteri Sarah, abai kecaman netizen




“Seluruh pesawat panik sehingga seorang doktor dari Malaysia, Dr Syazwani datang menyelamatkan. Satu kisah penyelamat yang hebat. Sungguh saya berbangga dengan Dr Syazwani,” tulisnya dalam satu ciapan.

Difahamkan, Dr Syazwani merupakan pemilik sebuah klinik perubatan swasta di Seremban dan Rembau dan kandungannya ketika itu telah mencecah 26 minggu.

Lantaran itu, tindakan pantas wanita itu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kulit, pediatrrik, wanita dan kanak-kanak telah berjaya meraih pujian ramai di media sosial.

“Kerja dan membantu dengan ikhlas. Anda buat Malaysia berbangga!,” tulis Syahir



“Membantu tanpa disuruh, itulah kebiasaan untuk kita rakyat Malaysia,” kata Amir Kodi.

Dalam pada itu, ada juga yang sempat berseloroh dengan memanggil Dr Syazwani sebagai Dr Barbie gara-gara tudung bercorak kartun itu.

“Wah, doktor Babie versi kehidupan sebenar,” seloroh Addyana.

“Barbie ini menyelamatkan nyawa seseorang,” komen Sha.



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker